Saturday, February 26, 2011

Kerispatih - Tak Lekang Oleh Waktu (Gila)

aku,kau dan kawan...

ermmm harini member kepada ex-bf cik memey call...ajak cik memey ikut serta diaorg bercuti ke genting 1hb nanti..ermm...mmg x dinafikan yg cik memey dgn ex cik memey masih rapat...mmg selalu kluar berdua...tp tanpa pengetahuan kawan2 kat tempat kerja....hanya kawan2 baik dia je yg tahu..tp x pelah..itu bkn point nye...nak jadikan cerita,cik memey msg dia...tanya pasal perlawaan kawan2 dia...cik memey minta pendapat dia..dia kata kat cik memey "nak join jom la,man x kisah"...ermm nampaknya cik memey akan join lah....

p/s:cik memey dgn ex cik memey berkawan rapat...kekasih jd sahabat.u all boleh ke camtu???

aku suke melepak...

hollaaa....ermm arini cik memey keluar jalan-jalan dengan member-member....saje hilangkan bosan...we all g jalan-jalan kl jer..mana lg kalau x bb,sg wang,t.square ngan pavillion....rasanya makan gak 6jam we all kat ctu jer...nasib baik harini cornetto ade bg ais cream free....dpt gak sejukkan tekak ni...


yang tgh tu tentulah cik memey....yg gurl sorang tu sylvia..kawan cik memey..org sarawak...yang lelaki tu fahmi..bff cik memey....nilah ais cream we all..hehe...

p/s:we all tamak sampai x habis ais cream tu..so,u all jgn tamak cam cik memey taw..kuikuikui...

Thursday, February 24, 2011

hadiah my sis..


ini pemberian my sis...dan aku x pernah guna sekali pun..aku simpan je dalam kotaknya...bila agaknya aku akan pakai ek???


p/s:mungkin aku akan pakai bila baterinya dah habis nanti..huhuhu

BRITNEY SPEARS....!!


ini minyak wangi aku..bau nya manis..kalau u all x caye,cuba lah.....

selamat tinggal...


ini karya terakhir aku untuk department aku...skarang sume dah berpecah..dan aku rasa ini terakhir aku menjadi sukarelawati membuat kad raya bg department...aku letak jawatan...peace..!

p/s:aku sayang staff2 DF2..muaahh..!!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR BESAR,GEMAS,NSDK..


inilah tempat aku menimba ilmu...aku agak noty time sekolah..sbb tu aku rindukan saat-saat tu...
kat cnilah aku menuntut ilmu..segala ilmu aku dpt disini..termasuk ilmu ttg CINTA..hahhaha...no lah...gurau-gurau jer..klu x bleh gurau..g duk surau k..peace..!

p/s:aku cume noty..bukan jahat taw..huhuhu

masa untuk TIDO..


sedapnye tido...macam kat umah aku buat..ni masa aku keje tempat lama SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT....credit aku bg kat NORA coz telah berjaya snap pic waktu aku tido...

p/s:suke time keje kt cni..best..x de tekanan..dan yg penting x de POLITIK yg melampau...huh..!

SCR5 Stroller....


ini my nephew....7 bulan....tgk lah gaya dia..cam bagus je dpt stroller baru....aku plak kena tolak stroller lama dia...dah lah x de baby dalam tu..dah macam org giler..tolak strolller kosong..emmm...tu yg si MUHAMMAD AMMAR DANISH ni pandang aku semacam jer...nak ejek aku lah tu..huh..!siap ko...

p/s:aku sayang ko lah dik..!!

aku & hawa (kawan menangis aku)


ini time raya 2009...


apa kan daya..semua org cuti time raya..tp kami kerja...


ni waktu keluar g cari barang kat seri kembangan...


gambar raya lagi..peace..! cantikkan hawa...


siti hawa a.k.a sha my bff

belajar meng'EDIT' photo

kalau buruk,jgn kutuk..buat-buat cantik yer..hehe


ini aku shoot kat atas bukit pulau perhentian...kat menara angin....cantik sgt tempat ni..dan gadis dalam photo ni my bff...sue...


ni aku..x cantik..cuma aku suka kata-kata dalam photo ni...mendalam maknanya...


ini plak..bff aku..sue,aziz,abg ramzy dan abg maznan...love u fwen...


opss..aku lagi..sorry ek..nak wat camner..dah gambar aku jer yg penuh dlm memory ni..aahhaakk..



p/s:x cantik mana aku edit..tp untuk budak baru blajar macam aku..ini cukup membanggakan..huhu..
(masuk bakul angkat sendiri)

aku dah update FB aku..u all??



ni FB aku...cam seronok jer bila dah update...ade 'heart' gugur...salji....seronok..!

p/s:silalah ADD aku yer..muaahh...!!

Wednesday, February 23, 2011

rindu kawan lama..

aku rindu kawan baik aku waktu kat kampung...yang sentiasa bersama susah dan senang...jujur..aku rindu saat itu....sekarang semua dah bawa haluan masing-masing...x lagi bersama...sedih...

INTAN HARYANA-WAN ZAWANI-NORHIDAYU

kalau aku ditanya APA YANG AKU RINDU??
aku akan jawap.....

aku rindu sahabatku...aku rindu "TEAM POWER GIRL"....
aku rindu gelak tawa kita semua..aku rindu kenangan kita..aku rindu everything ttg kita...

aku harap korang baik-baik jer...
agak-agaknya korang rindu aku x??

p/s:"kita tak akan mampu layari hidup ini tanpa sahabat"

aku redha....

Aku sedih sangat, bila dia kata aku tak tahu apa yang sebenarnya dia cari..
Tapi jauh di sudut hati ini aku rasa dia masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA..
Dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga dia belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang..
Jadi, selama ini siapa aku di hati dia?
setahun bersamanya..namun aku cukup kenal hati dia...
setelah putus..aku dan dia jd kawan baik..
tp sepertinya persahabatan itu melukakan hati ku..
aku dan dia sentiasa bersama...keluar bersama...menonton wayang bersama..tp...aku tidak boleh terima sikapnya..aku seperti perompak bila keluar bersamanya..aku kena sembunyi bila terserempak dengan staff tempat kerja kami....alasannya,dia x mahu mereka semua fikir lain...
sampaikan aku terfikir untuk akhiri persahabatan ini...tinggalkan dia...
Melangkah pergi meninggalkan dia,
Jangan anggap aku tinggalkan dia kerana aku bencikan dia..
Jangan..Jangan..kerana aku cintakan dia..
Sebelum aku menghilangkan diri dari dunia dia,
Aku ingin menyatakan sesuatu yang tak pernah dia tahu,
Kalaulah dia bertanya pada aku, sedalam mana aku cintakan dia, inilah jawapan aku..

“Kalau suatu hari dia kehilangan suara, aku akan memberikan suara aku agar dia dapat bersuara semula.
Meskipun waktu itu aku akan bisu selamanya dan kalau suatu hari dia kehilangan hati, aku akan memberikan hati aku agar dia dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu aku tiada lagi di dunia ini…"
Semuanya untuk dia…

Kerana aku mencintai dialah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan dia,
Aku doakan supaya suatu hari nanti dia akan temui apa yang dia cari,
Supaya suatu hari nanti dia akan memahami apa erti CINTA yang sebenar,
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan aku tidak akan pernah mempersoalkannya,
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali dia,
Aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku..
Aku juga percaya,
Andai benar kita punya jodoh, dia akan kembali pada aku.
Itu bukan harapan aku tapi aku ingin belajar untuk redha pada ketentuan Allah..
Dan kalau pun dia takkan pernah kembali pada aku,
Aku percaya, mungkin itu yang terbaik..

Kerana CINTA itu tak semestinya memiliki...


p/s:aku pasti satu saat,TUHAN akan beri aku seorg lelaki yang benar-benar ikhlas mencintai aku..
INSYAALLAH....

beza antara suka,sayang dan cinta

*Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.
*Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin
sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk
dirimu sendiri.
*Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

*Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah
aku menciummu?”
*Saat kau menyayangi seseorang dan berada
disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah
aku memelukmu?”
*Saat kau mencintai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan menggenggam erat
tangannya…

*SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
*SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan
membiarkannya menangis dipundakmu sambil
berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini
bersama-sama. “

*SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan
berkata,”Ia sangat cantik dan menawan.”
*SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan
melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
*CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan
berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah
yang pernah Tuhan berikan padaku..”

*Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,
maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
*Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,
engkau akan menangis untuknya.
*Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,
kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau
apa yang dia lakukan.”

*Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
*Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.
*Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…

*SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu
menguntungkan.
*SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia membutuhkan.
*CINTA adalah kau akan menemaninya di saat
bagaimana keadaannya

*SUKA adalah hal yang menuntut.
*SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
*CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

MALAYSIA BOLEH...!!!

menarik..tertarik..kau mmg deboom...seronok giler...walaupun aku tgk bola kat umah berdua dgn anak buah akuyg baru 7bulan tu..aku gembira..sbb malaysia makan pakistan 2-0...seronok...seperti yg aku jangkakan...malaysia pasti menang..walaupun ada sedikit kegusaran dihati bila ramai tunggak utama x main...tp aku ttp sokong malaysia..tanah tumpah darahku...ermm..tp aku mmg geram dgn pemain pakista jersey no17..ntah sape nama..aku x ingat..dan rasanya aku x berminat nak tahu..huhuhu..mana x nye aku geram..suke2 hati dia tendang buah hati aku si khairul fahmi che mat...ape dia ingat fahmi tu bola ke??ermm...tp x pelah..yg penting dia kena kad merah..dan x pat main dah..hahhaha...balik jual karpet..opsss..!!huhuhu....x sabar nak tunggu 9hb...lawan kat pakistan plak..comfirm menang lah malaysia...go malaysia go...!

p/s:aku puji perlawanan kali ni..x de guna laser..hahhhahaha

Monday, February 21, 2011

lagu si AMMAR DANISH

aku nak kongsi dengan u all tentang lagu kesukaan anak buah aku ni..ammar danish 7 bulan...klu anak buah u all ape lagu yang dia suka dengar??si ammar ni,bila lagu dia keluar...kiteorg sebagai penjaga ni suka sgt..sbb dia x heran dgn kiteorg...so,kiteorg bleh lah g dapur ke...minum jap ke...nak tahu lagu ape?lagu BUNGA RAYA...!!hahhaa...patriotik btol...meh aku share dengan u all lirik dia....ermm x yah lah..u all bleh search sendiri lah...g je kat google eh...hehe..peace..!

p/s:nasib baik dia minat lagu bunga raya...kalau bunga tahi ayam??sudahhh..hahhha...OUT..!!

WARNING...!!!

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAK...ANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.


p/s:bacalah...dan ingatlah orang tersayang..eh btol ke?ermm bolehlah..whatever...

ape itu kawan???

kata mak aku,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang…….
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit…..
kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir…..
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana….
kate sedare
KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu,ngikut saje ape dikata…….
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian,bau je busuk tp sedap dimakan…
kata adik,
KAWAN tu macam biskut,sekejap ade sekejap takde…….
tapi
kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA, ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, MAKANAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!kau tetap KAWAN aku….tau tak sebab ape???sebabnye…sekali aku dah KAWAN ngan kau selamanye kau ttp KAWAN aku………..

p/s:sayang lah kawan-kawan u all...

i want my mom....

waaaa...sedey siot...dah berbulan-bulan mak aku duduk dengan aku..best jer hidup aku...tp semalam mak aku dah balik kampung...tinggallah aku kat sini....klu mak ada..kompem aku makan 5 kali sehari...ni bila mak dah x duk cni...diet lah aku..x pun makan maggi...tp nasib baik kakak aku ada..bila dia masak untuk laki dia..aku pun bleh 'bedal' skali..huhuhu...best3x....tp ttp rindu kat mak...mak..!!meh la duk cni lg...hukhukhuk....


cik memey:bila mak ada gemoxx sket adik...huhu

setahun sudah berlalu...

wah..wah..wah...
pejam celik pejam x celik-celik...dah setahun perpisahan...
x mo cite banyak..ni lirik lagu dari hattan...setahun sudah berlalu...

SETAHUN SUDAH BERLALU

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa cinta kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang parut di mukaku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidak kan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini


p/s:x mo touching2 k..x rock ar babe..hehe
pesanan untuk diri sendiri sebenarnya..huhu

diri ini terasa bongok..

mesti u all pelik dengan title ni kan..hahhha...aku cuma rasa cam bongok sangat coz ada blog tp x pernah update...hahha...bukan aku x nak update..tp line BERUKBAND skarang macam siput..slow giler...sorry ar kalau u all bosan dgn blog aku ni...tp aku akan cuba perbaiki lg k..meh cni..aku nak sayang sket...muuuaahhh..!! sayang u all..

jangan kecewakan orang yang benar-benar mencintai kita....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.