Wednesday, February 23, 2011

aku redha....

Aku sedih sangat, bila dia kata aku tak tahu apa yang sebenarnya dia cari..
Tapi jauh di sudut hati ini aku rasa dia masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA..
Dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga dia belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang..
Jadi, selama ini siapa aku di hati dia?
setahun bersamanya..namun aku cukup kenal hati dia...
setelah putus..aku dan dia jd kawan baik..
tp sepertinya persahabatan itu melukakan hati ku..
aku dan dia sentiasa bersama...keluar bersama...menonton wayang bersama..tp...aku tidak boleh terima sikapnya..aku seperti perompak bila keluar bersamanya..aku kena sembunyi bila terserempak dengan staff tempat kerja kami....alasannya,dia x mahu mereka semua fikir lain...
sampaikan aku terfikir untuk akhiri persahabatan ini...tinggalkan dia...
Melangkah pergi meninggalkan dia,
Jangan anggap aku tinggalkan dia kerana aku bencikan dia..
Jangan..Jangan..kerana aku cintakan dia..
Sebelum aku menghilangkan diri dari dunia dia,
Aku ingin menyatakan sesuatu yang tak pernah dia tahu,
Kalaulah dia bertanya pada aku, sedalam mana aku cintakan dia, inilah jawapan aku..

“Kalau suatu hari dia kehilangan suara, aku akan memberikan suara aku agar dia dapat bersuara semula.
Meskipun waktu itu aku akan bisu selamanya dan kalau suatu hari dia kehilangan hati, aku akan memberikan hati aku agar dia dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu aku tiada lagi di dunia ini…"
Semuanya untuk dia…

Kerana aku mencintai dialah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan dia,
Aku doakan supaya suatu hari nanti dia akan temui apa yang dia cari,
Supaya suatu hari nanti dia akan memahami apa erti CINTA yang sebenar,
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan aku tidak akan pernah mempersoalkannya,
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali dia,
Aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku..
Aku juga percaya,
Andai benar kita punya jodoh, dia akan kembali pada aku.
Itu bukan harapan aku tapi aku ingin belajar untuk redha pada ketentuan Allah..
Dan kalau pun dia takkan pernah kembali pada aku,
Aku percaya, mungkin itu yang terbaik..

Kerana CINTA itu tak semestinya memiliki...


p/s:aku pasti satu saat,TUHAN akan beri aku seorg lelaki yang benar-benar ikhlas mencintai aku..
INSYAALLAH....

No comments:

Post a Comment