Monday, March 28, 2011

ayat-ayat cinta

~Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

~Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.




~Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.


 ~ Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

~Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

~Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

~Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

~Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

~Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... . 


~Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..

~Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

~" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

~Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

~Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 

~Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

~Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...


~Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...




p/s:cinta kamu selamanya...ILYSM....

Sunday, March 20, 2011

facebook cik memey

hyee korunnkk...cik memey klu bz,cik memey x sempat update blog..tp klu fb,bz macamana pun..pasti cik memey akan update..so u all bleh add cik memey di fb

http://www.facebook.com/cikmemey.chenta

p/s:jumpa anda di facebook....

sebelum dan selepas

inilah ex-bf cik memey...pic ni we all snap masa we all masih bergelar 'kekasih'...dalam byk2 pic....pic ni yg cik memey paling suka tgk..rasa cam sweet sgt....ni lah nama nya kenangan...


















yg ni pula pic we all sekarang..bila bergelar sahabat....we all happy together...harap2 masih ada sinar untuk hubungan we all...

ARY..KAMU YANG TERINDAH....







p/s:mencintai x semestinya memiliki...andai ada jodoh,pasti bersatu jua....insyaallah..

maaf..

hyee all...cik memey nk say sorry coz lama x update blog..bkn cik memey x syg  blog ni...cuma cik memey agak sibuk sket..bkn sibuk dgn kerja..tp sibuk dgn blajar memandu...cik memey test jpj 24hb ni..tp cik memey x pasti boleh menempuhnya atau tidakk..so korunkk doakan cik memey taw.....

p/s:cik memey mmg x pernah pegang stereng kete...jd keadaan agak kelam kabut..hahhah

Friday, March 4, 2011

genting highland....

hollaa....cik memey baru balik bercuti dari genting highland....cik memey gi ngn member2....termasuklah ex-bf cik memey yg sampai skarang cik memey syg...huhuhu...cik memey selitkan gambar kami kat sana...chill.....!







p/s:percutian yg sgt seronok...sbb g dgn org yg kita syg..walaupun bkn lg bergelar "KEKASIH"....peace..!!