Saturday, January 21, 2012

sahabat alam maya tak boleh dipercayai??


Assalamualaikum semua...
Hari ini CM keluar dengan kawan CM..kami pergi makan-makan..terlalu banyak perkara yang kami bualkan,sampailah satu topik yang buat CM terdiam seketika..katanya 'sahabat alam maya ni tak boleh dipercayai'..betol ke??pada CM,dia silap.tak semua sahabat alam maya itu tak boleh dipercayai.masih ada antara mereka yang jujur dan ikhlas dalam persahabatan.yang penting kita harus menilai mereka sebaik mungkin.CM bukan sejenis orang yang suka membohongi dalam persahabatan kerana bagi diri CM kejujuran perlu ada didalam persahabatan dan teman adalah sebahagian dari kehidupan CM kerana CM menilai persahabatan itu dengan cara CM sendiri.
Jujur,adakalanya CM lebih rapat dengan sahabat alam maya daripada sahabat disekeliling CM.CM percaya tak mustahil sahabat alam maya akan menjadi sahabat CM di dunia realiti..Asalkan kami menjaga persahabatn ini dengan keikhlasan.
banyak sebab kenapa CM lebih memilih sahabat alam maya.ini kerana mereka lebih memahami CM dan mereka lebih bersikap 'low profile'..bukan CM tidak menghargai kehadiran sahabat CM didunia realiti,cuma adakalanya mereka terlalu mendesak.contohnya bila CM cakap CM tak boleh keluar sebab mak CM tak bagi keluar tengah malam,mereka seolah-olah tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham dengan mengeluarkan ayat yang tanpa mereka sedar telah menyinggung perasaan CM..seperti "kau bawak jelah mak kau sekali pergi karaoke" "kau ni anak emaklah" "kau ni tak bercampur orang ke"...perkataan-perkataan seperti ini yang buat CM mula menjauh.CM cuma minta mereka faham situasi CM yang tinggal dengan Family..ya memang CM anak emak..dan sebab itu CM lebih memilih untuk jaga hati mak CM dari jaga hati kalian..
Sahabat alam maya banyak mengajar CM tentang Erti kehidupan..dan mereka sentiasa ada saat CM jatuh..biarpun hanya menggunakan alam maya,itu tidak menghalang untuk kami saling menyokong antara satu sama lain.dan sejujurnya kami makin dekat seperti sebuah keluarga.Terima Kasih kepada ALLAH yang menemukan kami..jadi kepada mereka yang menganggap sahabat alam maya tidak boleh dipercayai,anda harus belajar untuk lebih ikhlas.kerana sahabat sjati hanya akan ditemui bila hati kita ikhlas menerima....

BERSEDEKAHLAH ANDAI DIRI MAMPU

Assalamualaikum semua..
Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh
- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu

Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin
Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat
Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :

"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".

Happy Chinese New Year !

Kepada kawan2 Chinese,Happy Chinese New Year to you guys, and Happy holidays !  
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga 1 Malaysia tetap dihati rakyat Malaysia. Malaysia terus aman dan damai menuju tahun 2020…
Kita lihat negara kita yang berbilang kaum, berbilang budaya, berbilang agama perlu hidup secara harmoni saling hormat menghormati serta memahami hak-hak agama masing-masing.
Tahun ini si naga mewakili kedatangan tahun baru cina..boleh dikatakan sambutan terpenting bagi masyarakat cina seluruh dunia.so,enjoy ya..Gong Xi Fat Choi ...

Friday, January 20, 2012

katakan tidak pada SANTAU & SIHIR

Alahai lately asyik dengar cite pasal kes santau menyantau,sihir menyihir..Ish ape nak jadi ni..kenapa nak hidup senang dengan mintak tolong 'HANTU' ??CM bukanlah baik sangat.tapi tak lah sampai percaya amalan-amalan karut ni..kan tu dah 'SYIRIK'..baru-baru ni penyanyi AWIE mengeluarkan kenyataan yang dia dihantar 'SANTAU TUJU-TUJU'..adoyaiii kesian mamat tu...lepas cerita pasal AWIE.muncul pulak didada akhbar kisah legenda rock,AMY SEARCH yang tiba-tiba hilang suara tanpa punca..apelah salah die kan...belum pun reda kisah dua artis rock ni,ABBY ABADI pula mendedahkan yang beliau disihir...YA ALLAH,apelah yg ade difikiran penyantau dan penyihir ni kan..bawa-bawa lah bertaubat..ape u all bahagia tengok orang lain sensara???apa yang anda rasakan bila ianya terjadi pada ahli keluarga anda??

Thursday, January 19, 2012

CARA ATASI RAMBUT KERING

Rambut OOO rambut....
Eeee rimas giler dengan rambut ni..nak di kerat,sayang..tapi tu lah..rambut CM kering giler.kalau dibiarkan lepas tanpa diikat,orang susah nak bezakan hantu kak limah dgn CM ;P
CM rasa CM kena potong jugak rambut ni..sebab ia dah rosak..uwaaa sedih..salah CM sebab tak pandai jaga rambut..kalau boleh setiap kali mandi nak basuh rambut.mana tak rosak rambut tu.padan muke !
jadi tak yah fikir panjang,minggu ni kite pergi saloon ok rambut..CM nak kerat ko..hahaha..
lepas ni CM nak jaga rambut betul-betul..katakan tidak pada kerosakan rambut ;P

CARA ATASI RAMBUT KERING :-
  • cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
  • Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.
  • Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.
  • Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.
ELAKKAN :-
  • Penggunaan pengering rambut atau pelurus rambut yang terlalu panas
  • Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri dirumah. Sebaiknya lakukan di salun-salun profesional jika tidak mungkin anda akan mengalami kerosakan rambut. Teknik perlurusan rambut yang salah juga boleh menyebabkan rambut anda patah dan luruh. Pilihlah salun yang terbaik untuk rambut anda kadang kala mereka ini bukan yang benar-benar profesional dan tahu pasal rambut jadi berhati-hati memilih salun.
  • Menaiki motorsikal dengan rambut terurai, sebaiknya lindungilah rambut anda dari asap2 kenderaan dan sinaran matahari yang terik itu.
  • Mengeringkan rambut mengunakan tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain boleh menyebabkan rambut terputus. Sebaiknya usaplah rambut anda dengan lembut.
  • Bersyampu tanpa perapi.
  • Menggunakan sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang sebaiknya gunakanlah sikat yang jarang.
nak potong pendek ni ;P

Wednesday, January 18, 2012

Blur-Blur Dooodolls untuk si Blur

Assalamualaikum semua...
CM main rempoh je blog petang ni.tak taw lah nape tetibe berhajat nak update blog..
Ni semua gara-gara CM terpandang 'Dooodolls' kat dalam laci almari CM tadi..
Pelik bin ajaib,kenape lah horoscope CM (libra) kena pada 'Dooodolls' bernama 'BLUR_BLUR'..tak comel langsung nama..dah lah blur-blur ni tak secomel 'Dooodolls' yang lain..huh nak buat macamana,dah nasib..BLUR-BLUR untuk si BLUR...hihihi....CM minat giler dengan 'Dooodolls' sebab semua comel-comel..dan dala kereta CM ade banyak Dooodolls..mula-mula ingat nak letak Dooodolls horoscope CM,tapi bila dah kena pada si BLUR BLUR..terus terbantut niat ;P ..jadi CM letak pelbagai..Ade CUPIDO,CHARCO,VINYI MISSY MICEY,CHOCOMAN..
setiap DOOODOLLS berbeza ikut bulan kelahiran.

ini lah BLUR-BLUR ;P

sekian untuk kali ini,tq guys !

Monday, January 9, 2012

jodoh itu rahsia ALLAH S.W.T

Assalamualaikum geng blogger !
Blup Blup tetibe malam ni tergerak hati nak update 'dairi' ni..
fuhhh habuk dekat seinci gara-gara lama tak usik 'dairi' ni...hihi
okeyy tak nak cakap banyak,nanti korang bosan..Entri kali ni simple je...'Jodoh'...
ceh ceh ceh mentang-mentang tengah bercinta,time ni lah nak update pasal 'jodoh'...
bukannye ape,CM tulis ni pun untuk peringatan diri sendiri juga..yelah sebanyak mana sayang dan cinta kita kat someone tu,if  sudah tertulis dia bukan jodoh kita..tak kan ke mana relationship tu...kejar lah sejauh mana pun...tak kan bersatu..percaya itu..
dulu yelah CM memang bercinta bagai nak rak...u jump,i jump kononnye...tapi bila dah lama-lama...x de maknenye nak jump..u jump lah sorang...hihi...dan bila ingat balik,giler sey penangan cinta..orang bijak pun boleh jadi bodoh bila tak kena pada tempatnya..serammm uuu...CM salah sorang dari orang 'bodoh' tu..tapi dulu lah...harap-harap CM dijauhkan dari buat perkara-perkara bodoh tu...cukup cukuplah tu CM...hehe..
Now,CM dah berchenta kembali dengan ex bf CM..setelah lama kemarau melanda hubungan kami..akhirnya,kami bersama semula..ternyata 'jodoh' kami masih ada..
Alhamdulillah...CM sangat sangat sangat happy....tapi CM ingatkan diri,jangan jangan jangan bercinta bagai nak rak..belajar bersederhana..memang kami saling mencintai,tapi belum tentu dia jodoh sebenar CM kan??CM cuma berusaha & berdoa agar dia jodoh untuk CM..InsyaAllah..sape tak nak berkahwen dengan orang yang dicintai kan??CM pasti semua orang nak..kami hanya merancang,namun perancangan Allah itu yang MAHA HEBAT nya...
2012 CM & DIA dah 24tahun...24tahun tu muda ke???tua kot...jadi dah takde masa nak mengada-ngada,merajuk tak tentu hala,cemburu tak bertempat..tu semua budak-budak ! kami nak jadi matang..mana taw,ade rezeki..tahun depan kawen..wahh gitooo...InsyaAllah kalau Allah buka jalan untuk CM berkawen pada umur 25tahun,CM terima..suka kot ! bukan gatal..tapi kan itu lebih baik..to my sayang,owg sayang iye harini...hari esok lom taw ag..hehe...gurau je sayang...IALUNMW honey !. ;P bye bye

#YAALLAH,andai dia jodohku,satukan kami menjadi kekasih yang halal..andai dia bukan jodohku,pisahkanlah kami dengan cara yang baik..AMIN..

Tuesday, January 3, 2012

AKHIR 2011 YANG MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum semua...
masa untuk update 'belog'..yeah !
CM rasa belum terlewat tuk wish 'HAPPY NEW YEAR' buat semua..
bile tiba tahun baru,semua orang akan tanam azam..nak kawen lah..nak berhijrah lah..nak keje baru...
tapi CM tak terlampau tanamkan Azam..cukup untuk CM berharap agar tahun ni memberi CM kebahagiaan..
2011 meninggalkan CM dengan 1001 macam cerita..suka,duka,pahit,payau..semua CM lalui..dan itu yang buat CM kuat untuk jalani kehidupan ini..
awal tahun 2011 adalah saat kenangan pahit dalam hidup CM bila CM hilang pekerjaan yang CM sayang..kemudian pertengahan tahun luka dihati ditambah lagi dengan 'perpisahan' CM dengan Encik lebiu..tapi luka diubati dengan kehadiran teman2 baru yang sangat CM sayang..Allah S.W.T hadiahkan CM sahabat yang baik (yaya,caca,gogo,fafa,dll)..akhir tahun adalah kenangan yang paling membahagiakan CM..3 perkara yang tertunai sebelom tibanya Tahun baru 2012..first,CM dah dapat lesen..akhirnya CM dapat jugak settlekan lesen yang dah lama tertangguh...hihihi..yang kedua,CM dapat kereta dari mak pada hari yang sama CM lulus test jpj..yeah ! biarpun bukanlah kereta mahal sangat..tapi CM tak perlu fikir soal hutang sbb kete tu cash..kete kelisa aje...tapi CM minat..sbb comey..tq mak !! lebiuu...okeyy...yang ketiga,CM dengan ENCIK LEBIU dah berbaik...OOyyeeaahhhh !!dan Encik Lebiu sangat baik okeyy... tu lah 3 perkara yang membahagiakan sebelum tibanya tahun baru...dan harapan CM agar tahun baru ini CM lebih matang dalam menjalani kehidupan yang penuh onak duri..CM tahun ni 24tahun..CM dah tua....hihi...okeyyy now,jom cari keje...bye !