Saturday, January 21, 2012

sahabat alam maya tak boleh dipercayai??


Assalamualaikum semua...
Hari ini CM keluar dengan kawan CM..kami pergi makan-makan..terlalu banyak perkara yang kami bualkan,sampailah satu topik yang buat CM terdiam seketika..katanya 'sahabat alam maya ni tak boleh dipercayai'..betol ke??pada CM,dia silap.tak semua sahabat alam maya itu tak boleh dipercayai.masih ada antara mereka yang jujur dan ikhlas dalam persahabatan.yang penting kita harus menilai mereka sebaik mungkin.CM bukan sejenis orang yang suka membohongi dalam persahabatan kerana bagi diri CM kejujuran perlu ada didalam persahabatan dan teman adalah sebahagian dari kehidupan CM kerana CM menilai persahabatan itu dengan cara CM sendiri.
Jujur,adakalanya CM lebih rapat dengan sahabat alam maya daripada sahabat disekeliling CM.CM percaya tak mustahil sahabat alam maya akan menjadi sahabat CM di dunia realiti..Asalkan kami menjaga persahabatn ini dengan keikhlasan.
banyak sebab kenapa CM lebih memilih sahabat alam maya.ini kerana mereka lebih memahami CM dan mereka lebih bersikap 'low profile'..bukan CM tidak menghargai kehadiran sahabat CM didunia realiti,cuma adakalanya mereka terlalu mendesak.contohnya bila CM cakap CM tak boleh keluar sebab mak CM tak bagi keluar tengah malam,mereka seolah-olah tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham dengan mengeluarkan ayat yang tanpa mereka sedar telah menyinggung perasaan CM..seperti "kau bawak jelah mak kau sekali pergi karaoke" "kau ni anak emaklah" "kau ni tak bercampur orang ke"...perkataan-perkataan seperti ini yang buat CM mula menjauh.CM cuma minta mereka faham situasi CM yang tinggal dengan Family..ya memang CM anak emak..dan sebab itu CM lebih memilih untuk jaga hati mak CM dari jaga hati kalian..
Sahabat alam maya banyak mengajar CM tentang Erti kehidupan..dan mereka sentiasa ada saat CM jatuh..biarpun hanya menggunakan alam maya,itu tidak menghalang untuk kami saling menyokong antara satu sama lain.dan sejujurnya kami makin dekat seperti sebuah keluarga.Terima Kasih kepada ALLAH yang menemukan kami..jadi kepada mereka yang menganggap sahabat alam maya tidak boleh dipercayai,anda harus belajar untuk lebih ikhlas.kerana sahabat sjati hanya akan ditemui bila hati kita ikhlas menerima....

4 comments:

  1. Sahabat alam maya, ada baik dan buruknya.. cuma 1 je, jgn letakkan kepercayaan yg tggi smpai semua bnda nk kongsi.. Yg pnting, pandai jga diri :) Tak salah nk berkawan kan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komennya..salam kenal ;)

    ReplyDelete