Tuesday, September 4, 2012

Jangan Kahwin Wanita Negeri Sembilan

Assalamualaikum…

Hye Hye !! i'm back (berdiri atas kerusi,lambai-lambai tangan)..lama tak update blog..nasib baiklah aku masih ingat password..kalau tak, Bye Bye lah blog..Ok kembali ke Topik yang agak serius (sambil wat muke serius).. Penah dengar citer ade segelintir mak2 di Malaysia ni melarang anak terunanya beristerikan wanita yang berasal dari Negeri Sembilan? Y???! apa salah kami??! Sebagai seorang wanita yang berasal dari Negeri Sembilan…aku rase nak marah…nak ketawa pun ada bila memikirkan isu ni… Aku rase terpanggil nak menjelaskan kekeliruan ataupun kesalahfahaman orang2 yang bukan berasal dari Negeri Sembilan terhadap kami wanita2 Negeri Sembilan yang tidak berdosa ini…Weh aku bangga okey jadi anak negeri !

Ramai yang cakap susah kahwin dengan perempuan negeri ni, terutamanya kalau keluarga perempuan tu masih berpegang teguh dengan adat Perpatih. Antara perkara yang menjadi ketakutan atau igauan orang luar apabila anak mereka berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan adalah apabila berlaku penceraian kerana mereka percaya apabila bercerai si suami akan dihalau keluar dari rumah isteri sehelai sepinggang...

Berikut adalah point2 yang aku sediakan untuk membidas tanggapan diatas:
 Keadaan dimana “si suami akan dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang” ini hanya relevan untuk LELAKI NEGERI SEMBILAN SAHAJA

* Ok macam ni..HARTA PUSAKA hanya layak diwarisi oleh ANAK PEREMPUAN ataupun lebih dikenali sebagai WARIS PUSAKA. Seperti yang kita tahu, orang perempuan lah yang mengandung, yang akan mengasuh anak-anak. Jadi, orang perempuan harus mempunyai jaminan hidup (tanah pusaka) supaya dapat mengasuh anak-anak dengan sempurna.tanpa ,menjual maruah diri..

* Bila kahwin, LELAKI akan berpindah ke rumah perempuan (tanah pusaka isteri). Jadi, bila bercerai, LELAKI yang akan keluar dari rumah itu dan kembali menjadi tanggungan ibu bapanya. Memang keluar sehelai sepinggang la..tanah tu tanah isteri.ko nak apsal ? lainlah tanah tu ko yang beli kan..Jadi, harta yang mungkin lelaki dapat hanyalah harta sepencarian.

* So, korang paham tak kenapa aku kata situasi “si suami akan dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang” tu relevan untuk LELAKI NEGERI SEMBILAN SAHAJA. Situasi ni sebenarnya skopnya hanya berkaitan dengan lelaki dan perempuan Negeri Sembilan. Korang orang luar ni bila terbaca kat buku mane2..terus buat andaian yang salah macam tu. Bendanya tak da apa pun..jadi tolonglah jangan besarkan isu yang korang sendiri tak paham ok.
* Kalo korang bukan lelaki Negeri Sembilan, ko mungkin ada harta yang mak ayah korang bagi. Jadi bila bercerai baliklah rumah keluarga korang..Lagipun..tak kesah la ko tu LELAKI YANG BERASAL DARI NEGERI SEMBILAN ATAU DARI PLANET PLUTO SEKALIPUN…ingat satu benda, kalo ko datang kosong…balik pun kosong la. Tak kan lah dah bercerai dengan isteri…tapi harta dia ko nak rembat sekali..malulah sikit.


**Ok Cukup..Korang dah faham kan ? kalau tak faham jugak , tak dapek den nak nolong eh..kepada makcik makcik diluar sana,janganlah takut bila anak teruna u all berkenan dengan wanita negeri sembilan..kiteorang ni tak jahatlah makcik**

1 comment: