Wednesday, August 24, 2011

kasih tak sampai..

sayang..
andai saat ini ilahi menjemputku kembali,
ku harap dikau tabah,
ku harap dikau kuat,
dan ku harap dikau redha menghadapi detik-detik itu,
kerana aku tidak mungkin lagi berada disisimu,
aku tidak dapat menatap wajahmu,
tidak mungkin lagi mendengar ceritamu,
apatah lagi ketawa bersamamu sambil berbahagi cerita bersamamu.
sayang,
andai saat ini saat terakhir aku disisimu,
izinkan aku habiskan sisa hidupku dengan melukis sedikit bahagia buatmu,
biar ia jadi sejarah indah dalam hidupmu,
agar tidak mudah kau lupakan aku.
sayang,
andai masa mengakhiri,
kau relakan lah kepergianku,
ku harap kau sentiasa bahagia,
aku akan melihatmu dari jauh,
sayang..jangan lupakan aku..
jangan lupakan cinta kita.
aku mohon,
andai ada cinta yang tersisa,
hadiahkanlah aku bacaan yasin..
doakan agar aku tenang menghadapNYA.
terima kasih untuk segalanya,
salam sayang...
~CM~



(koleksi peribadi CM)

3 comments: