Tuesday, September 4, 2012

Jangan Kahwin Wanita Negeri Sembilan

Assalamualaikum…

Hye Hye !! i'm back (berdiri atas kerusi,lambai-lambai tangan)..lama tak update blog..nasib baiklah aku masih ingat password..kalau tak, Bye Bye lah blog..Ok kembali ke Topik yang agak serius (sambil wat muke serius).. Penah dengar citer ade segelintir mak2 di Malaysia ni melarang anak terunanya beristerikan wanita yang berasal dari Negeri Sembilan? Y???! apa salah kami??! Sebagai seorang wanita yang berasal dari Negeri Sembilan…aku rase nak marah…nak ketawa pun ada bila memikirkan isu ni… Aku rase terpanggil nak menjelaskan kekeliruan ataupun kesalahfahaman orang2 yang bukan berasal dari Negeri Sembilan terhadap kami wanita2 Negeri Sembilan yang tidak berdosa ini…Weh aku bangga okey jadi anak negeri !

Ramai yang cakap susah kahwin dengan perempuan negeri ni, terutamanya kalau keluarga perempuan tu masih berpegang teguh dengan adat Perpatih. Antara perkara yang menjadi ketakutan atau igauan orang luar apabila anak mereka berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan adalah apabila berlaku penceraian kerana mereka percaya apabila bercerai si suami akan dihalau keluar dari rumah isteri sehelai sepinggang...

Berikut adalah point2 yang aku sediakan untuk membidas tanggapan diatas:
 Keadaan dimana “si suami akan dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang” ini hanya relevan untuk LELAKI NEGERI SEMBILAN SAHAJA

* Ok macam ni..HARTA PUSAKA hanya layak diwarisi oleh ANAK PEREMPUAN ataupun lebih dikenali sebagai WARIS PUSAKA. Seperti yang kita tahu, orang perempuan lah yang mengandung, yang akan mengasuh anak-anak. Jadi, orang perempuan harus mempunyai jaminan hidup (tanah pusaka) supaya dapat mengasuh anak-anak dengan sempurna.tanpa ,menjual maruah diri..

* Bila kahwin, LELAKI akan berpindah ke rumah perempuan (tanah pusaka isteri). Jadi, bila bercerai, LELAKI yang akan keluar dari rumah itu dan kembali menjadi tanggungan ibu bapanya. Memang keluar sehelai sepinggang la..tanah tu tanah isteri.ko nak apsal ? lainlah tanah tu ko yang beli kan..Jadi, harta yang mungkin lelaki dapat hanyalah harta sepencarian.

* So, korang paham tak kenapa aku kata situasi “si suami akan dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang” tu relevan untuk LELAKI NEGERI SEMBILAN SAHAJA. Situasi ni sebenarnya skopnya hanya berkaitan dengan lelaki dan perempuan Negeri Sembilan. Korang orang luar ni bila terbaca kat buku mane2..terus buat andaian yang salah macam tu. Bendanya tak da apa pun..jadi tolonglah jangan besarkan isu yang korang sendiri tak paham ok.
* Kalo korang bukan lelaki Negeri Sembilan, ko mungkin ada harta yang mak ayah korang bagi. Jadi bila bercerai baliklah rumah keluarga korang..Lagipun..tak kesah la ko tu LELAKI YANG BERASAL DARI NEGERI SEMBILAN ATAU DARI PLANET PLUTO SEKALIPUN…ingat satu benda, kalo ko datang kosong…balik pun kosong la. Tak kan lah dah bercerai dengan isteri…tapi harta dia ko nak rembat sekali..malulah sikit.


**Ok Cukup..Korang dah faham kan ? kalau tak faham jugak , tak dapek den nak nolong eh..kepada makcik makcik diluar sana,janganlah takut bila anak teruna u all berkenan dengan wanita negeri sembilan..kiteorang ni tak jahatlah makcik**

Friday, June 22, 2012

BLOGERS by IPHONE

Assalamualaikum sahabat..
Lama rasanya CM x update blog..sorry ya..lappy CM meragam..CM update blog ni pun guna phone..nasib baiklah ade APP blogger untuk IPHONE..so,senang sikit tugas CM..hehe..amacam semua?sihat?Alhamdulillah..blog ni mungkin nampak bosan,sepi...maaf yer..CM akan cuba baiki kekurangan blog ni..love u guys !

Wednesday, April 18, 2012

Aku Dan Laut

Assalamualaikum guys ;)
masa taip entry ni,dalam kepala CM masih ingatkan laut..walaupun dah sebulan balik dari PULAU PERHENTIAN,tapi macam baru semalam CM kat sana..rindu giler kot kat pulau.mana taknye.bangun tido je nampak laut..pagi2 snorkeling..tengahari snorkeling..petang snorkeling..balik pulau memang 'bling-bling'..huhu...CM bukan selau bercuti,boleh dikira dengan jari..yang betol2 pulau CM pergi baru 3kai.first PULAU TIOMAN,2nd PULAU PERHENTIAN,3rd pun PULAU PERHENTIAN cuma beach berbeza..kali ni CM try private beach iaitu D'LAGOON..before this,CM stay kat LONG BEACH @ MOHSIN CHALET..Bestlah...Untunglah beach boy,dapat  bermanja dengan ombak..Tetiba rasa cam nak duduk sana..Tapi sanggup kah CM hidup tanpa KERETA,SHOPPING COMPLEX,..oh nooo ! u all memang best bro..sebelum ni memang CM ada dapat offer keje kat sana..ikutkan hati memang nak..sebab CM nak cuba hidup berdikari..tapi rasanya tak mungkin mak CM nak lepaskan anak bongsunye ni merantau ke tempat orang...so,sinilah tempat CM sampai bila-bila..sepang atau nilai..huh ! xde laut ok !

tidur atas buaian ditepi laut..
# CM suke suasana laut..bila stress cuba lari ke laut.mesti tenang..noktah !

Tidak Mudah Tapi Akan Terasa Indah

Assalamualaikum guys ! (jangan sambung baca selagi tak jawap salam okey)
Harini CM nak kongsi dengan u all beberapa perkara yang tidak mudah kita lakukan,Tapi kalau kita lakukan..indah sekali rasanya..okeyy jom sambung baca..luv u guys !

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris .
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi Agar ALLAH memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari bahwa ALLAH sedang menyapa dengan cintaNYA. Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain. Bukan membahagiakan diri sendiri.

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu sebahagian dari penyucian diri. Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi.

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh. Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari ..,Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera.
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur . Dan menyadari itu bagian dari cara ALLAH menyayangi hambanya . Seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul-NYA.

#Mudah untuk memaafkan,Tetapi tidak mudah melupakan & membuang bekas luka dihati.noktah !

Sunday, April 15, 2012

Berpisah tidak bermakna putus

Assalamualaikum...
wah wah wah banyaknye sawang...fuhh fuhhh masa untuk mencuci blog dengan entry baru...CM bukan menghilang atau merajuk dengan dunia maya tapi CM agak sibuk sebelum ni..dan sekarang kehidupan CM kembali normal...wah gitoo..ok kembali ke tajuk entry kita 'BERPISAH TIDAK BERMAKNA PUTUS'..mesti korang fikir tajuk ni berkait dengan hubungan cinta CM kan..no! no! no! ianya takde kena mengena dengan hubungan CM dgn mr love..kami okey & happy =).. tak nak cakap pasal mr love,nanti ade yang bosan..
CM nak cerita pasal sahabat..CM nak say sorry kat die sebab CM buat die rasa seolah2 tak dipeduli..padahal CM sangat peduli tentang dia..cuma salah faham telah menjadi perosak segalanya..jujur aje,memang CM busy..CM keje pagi balik lewat pagi..sampai tiada masa untuk luangkan dengan sahabat alam maya CM..sampaikan dia berfikir 'kalau CM betul2 busy,why CM boleh ade masa untuk BF'..oklah,CM terangkan..KEBETULAN,CM dengan BF duduk dekat..CM balik keje lewat pagi,die teman CM makan.itu masa yang kami luangkan bersama.cuma 1jam..CM tak 24jam berkepit dgn die.CM akui kami selalu jumpa,tapi hanya untuk makan bersama.kemudian CM balik rumah hanya untuk tidur & mandi,then pergi keje balik..itu rutin harian CM selama 2minggu before formula one..
CM minta maaf sangat2 kalau CM buat u all jauh hati..jujur,CM tak berniat..mengenai handphone..KEBETULAN,CM memang jarang gunakan hp & kurang suka mesej or sewaktu dgnnya..bukan CM tipu,tapi itu kenyataannya..CM dengan BF CM sendiri jarang berkomunikasi menggunakan hp.dan dengan kawan2 CM sendiri,CM jarang berhubung.siapa yang betol2 mengenali CM aje akan faham siapa 'CM'..memang susah nak call CM sebab CM tak pegang hp 24jam,dan sebarang no yang agak 'pelik' CM tak akan layan..itu CM..jadi korang fahamkan kenapa CM tak bermesej dengan korang..bukan CM kedekut atau berkira soal 'kredit'..sikit pun CM tak terfikir macam tu..apalah sangat RM0.10 sekali mesej..kan?kan?kan?
Dan KEBETULAN juga before F1 CM holiday selama seminggu di pulau perhentian..jadi jarang on FB..kalau ON pun guna HP,jadi banyak komen yang tak sempat CM baca atau balas..
Terlalu banyak KEBETULAN yang berlaku hingga meragut persahabatan kita.ketahuilah yang CM tak pernah berniat melebihkan BF CM dalam segala hal.kami ada kehidupan masing2..Dan CM tak pernah mengangung2kan BF CM melebihi segalanya..CM masih simpan separuh hati CM buat diri CM sendiri.Cuma CM mohon,DOAkan kami kekal hingga akhir hayat..AMIN....
Biarpun korang ambil keputusan untuk unfriend dgn CM,tapi itu tak bermakna kita putus sahabat selamanya..

# CM sayang sahabat CM seperti mana kalian menyayangi CM.noktah !

Saturday, January 21, 2012

sahabat alam maya tak boleh dipercayai??


Assalamualaikum semua...
Hari ini CM keluar dengan kawan CM..kami pergi makan-makan..terlalu banyak perkara yang kami bualkan,sampailah satu topik yang buat CM terdiam seketika..katanya 'sahabat alam maya ni tak boleh dipercayai'..betol ke??pada CM,dia silap.tak semua sahabat alam maya itu tak boleh dipercayai.masih ada antara mereka yang jujur dan ikhlas dalam persahabatan.yang penting kita harus menilai mereka sebaik mungkin.CM bukan sejenis orang yang suka membohongi dalam persahabatan kerana bagi diri CM kejujuran perlu ada didalam persahabatan dan teman adalah sebahagian dari kehidupan CM kerana CM menilai persahabatan itu dengan cara CM sendiri.
Jujur,adakalanya CM lebih rapat dengan sahabat alam maya daripada sahabat disekeliling CM.CM percaya tak mustahil sahabat alam maya akan menjadi sahabat CM di dunia realiti..Asalkan kami menjaga persahabatn ini dengan keikhlasan.
banyak sebab kenapa CM lebih memilih sahabat alam maya.ini kerana mereka lebih memahami CM dan mereka lebih bersikap 'low profile'..bukan CM tidak menghargai kehadiran sahabat CM didunia realiti,cuma adakalanya mereka terlalu mendesak.contohnya bila CM cakap CM tak boleh keluar sebab mak CM tak bagi keluar tengah malam,mereka seolah-olah tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham dengan mengeluarkan ayat yang tanpa mereka sedar telah menyinggung perasaan CM..seperti "kau bawak jelah mak kau sekali pergi karaoke" "kau ni anak emaklah" "kau ni tak bercampur orang ke"...perkataan-perkataan seperti ini yang buat CM mula menjauh.CM cuma minta mereka faham situasi CM yang tinggal dengan Family..ya memang CM anak emak..dan sebab itu CM lebih memilih untuk jaga hati mak CM dari jaga hati kalian..
Sahabat alam maya banyak mengajar CM tentang Erti kehidupan..dan mereka sentiasa ada saat CM jatuh..biarpun hanya menggunakan alam maya,itu tidak menghalang untuk kami saling menyokong antara satu sama lain.dan sejujurnya kami makin dekat seperti sebuah keluarga.Terima Kasih kepada ALLAH yang menemukan kami..jadi kepada mereka yang menganggap sahabat alam maya tidak boleh dipercayai,anda harus belajar untuk lebih ikhlas.kerana sahabat sjati hanya akan ditemui bila hati kita ikhlas menerima....

BERSEDEKAHLAH ANDAI DIRI MAMPU

Assalamualaikum semua..
Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh
- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu

Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin
Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat
Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :

"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".

Happy Chinese New Year !

Kepada kawan2 Chinese,Happy Chinese New Year to you guys, and Happy holidays !  
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga 1 Malaysia tetap dihati rakyat Malaysia. Malaysia terus aman dan damai menuju tahun 2020…
Kita lihat negara kita yang berbilang kaum, berbilang budaya, berbilang agama perlu hidup secara harmoni saling hormat menghormati serta memahami hak-hak agama masing-masing.
Tahun ini si naga mewakili kedatangan tahun baru cina..boleh dikatakan sambutan terpenting bagi masyarakat cina seluruh dunia.so,enjoy ya..Gong Xi Fat Choi ...

Friday, January 20, 2012

katakan tidak pada SANTAU & SIHIR

Alahai lately asyik dengar cite pasal kes santau menyantau,sihir menyihir..Ish ape nak jadi ni..kenapa nak hidup senang dengan mintak tolong 'HANTU' ??CM bukanlah baik sangat.tapi tak lah sampai percaya amalan-amalan karut ni..kan tu dah 'SYIRIK'..baru-baru ni penyanyi AWIE mengeluarkan kenyataan yang dia dihantar 'SANTAU TUJU-TUJU'..adoyaiii kesian mamat tu...lepas cerita pasal AWIE.muncul pulak didada akhbar kisah legenda rock,AMY SEARCH yang tiba-tiba hilang suara tanpa punca..apelah salah die kan...belum pun reda kisah dua artis rock ni,ABBY ABADI pula mendedahkan yang beliau disihir...YA ALLAH,apelah yg ade difikiran penyantau dan penyihir ni kan..bawa-bawa lah bertaubat..ape u all bahagia tengok orang lain sensara???apa yang anda rasakan bila ianya terjadi pada ahli keluarga anda??

Thursday, January 19, 2012

CARA ATASI RAMBUT KERING

Rambut OOO rambut....
Eeee rimas giler dengan rambut ni..nak di kerat,sayang..tapi tu lah..rambut CM kering giler.kalau dibiarkan lepas tanpa diikat,orang susah nak bezakan hantu kak limah dgn CM ;P
CM rasa CM kena potong jugak rambut ni..sebab ia dah rosak..uwaaa sedih..salah CM sebab tak pandai jaga rambut..kalau boleh setiap kali mandi nak basuh rambut.mana tak rosak rambut tu.padan muke !
jadi tak yah fikir panjang,minggu ni kite pergi saloon ok rambut..CM nak kerat ko..hahaha..
lepas ni CM nak jaga rambut betul-betul..katakan tidak pada kerosakan rambut ;P

CARA ATASI RAMBUT KERING :-
  • cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
  • Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.
  • Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.
  • Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.
ELAKKAN :-
  • Penggunaan pengering rambut atau pelurus rambut yang terlalu panas
  • Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri dirumah. Sebaiknya lakukan di salun-salun profesional jika tidak mungkin anda akan mengalami kerosakan rambut. Teknik perlurusan rambut yang salah juga boleh menyebabkan rambut anda patah dan luruh. Pilihlah salun yang terbaik untuk rambut anda kadang kala mereka ini bukan yang benar-benar profesional dan tahu pasal rambut jadi berhati-hati memilih salun.
  • Menaiki motorsikal dengan rambut terurai, sebaiknya lindungilah rambut anda dari asap2 kenderaan dan sinaran matahari yang terik itu.
  • Mengeringkan rambut mengunakan tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain boleh menyebabkan rambut terputus. Sebaiknya usaplah rambut anda dengan lembut.
  • Bersyampu tanpa perapi.
  • Menggunakan sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang sebaiknya gunakanlah sikat yang jarang.
nak potong pendek ni ;P

Wednesday, January 18, 2012

Blur-Blur Dooodolls untuk si Blur

Assalamualaikum semua...
CM main rempoh je blog petang ni.tak taw lah nape tetibe berhajat nak update blog..
Ni semua gara-gara CM terpandang 'Dooodolls' kat dalam laci almari CM tadi..
Pelik bin ajaib,kenape lah horoscope CM (libra) kena pada 'Dooodolls' bernama 'BLUR_BLUR'..tak comel langsung nama..dah lah blur-blur ni tak secomel 'Dooodolls' yang lain..huh nak buat macamana,dah nasib..BLUR-BLUR untuk si BLUR...hihihi....CM minat giler dengan 'Dooodolls' sebab semua comel-comel..dan dala kereta CM ade banyak Dooodolls..mula-mula ingat nak letak Dooodolls horoscope CM,tapi bila dah kena pada si BLUR BLUR..terus terbantut niat ;P ..jadi CM letak pelbagai..Ade CUPIDO,CHARCO,VINYI MISSY MICEY,CHOCOMAN..
setiap DOOODOLLS berbeza ikut bulan kelahiran.

ini lah BLUR-BLUR ;P

sekian untuk kali ini,tq guys !

Monday, January 9, 2012

jodoh itu rahsia ALLAH S.W.T

Assalamualaikum geng blogger !
Blup Blup tetibe malam ni tergerak hati nak update 'dairi' ni..
fuhhh habuk dekat seinci gara-gara lama tak usik 'dairi' ni...hihi
okeyy tak nak cakap banyak,nanti korang bosan..Entri kali ni simple je...'Jodoh'...
ceh ceh ceh mentang-mentang tengah bercinta,time ni lah nak update pasal 'jodoh'...
bukannye ape,CM tulis ni pun untuk peringatan diri sendiri juga..yelah sebanyak mana sayang dan cinta kita kat someone tu,if  sudah tertulis dia bukan jodoh kita..tak kan ke mana relationship tu...kejar lah sejauh mana pun...tak kan bersatu..percaya itu..
dulu yelah CM memang bercinta bagai nak rak...u jump,i jump kononnye...tapi bila dah lama-lama...x de maknenye nak jump..u jump lah sorang...hihi...dan bila ingat balik,giler sey penangan cinta..orang bijak pun boleh jadi bodoh bila tak kena pada tempatnya..serammm uuu...CM salah sorang dari orang 'bodoh' tu..tapi dulu lah...harap-harap CM dijauhkan dari buat perkara-perkara bodoh tu...cukup cukuplah tu CM...hehe..
Now,CM dah berchenta kembali dengan ex bf CM..setelah lama kemarau melanda hubungan kami..akhirnya,kami bersama semula..ternyata 'jodoh' kami masih ada..
Alhamdulillah...CM sangat sangat sangat happy....tapi CM ingatkan diri,jangan jangan jangan bercinta bagai nak rak..belajar bersederhana..memang kami saling mencintai,tapi belum tentu dia jodoh sebenar CM kan??CM cuma berusaha & berdoa agar dia jodoh untuk CM..InsyaAllah..sape tak nak berkahwen dengan orang yang dicintai kan??CM pasti semua orang nak..kami hanya merancang,namun perancangan Allah itu yang MAHA HEBAT nya...
2012 CM & DIA dah 24tahun...24tahun tu muda ke???tua kot...jadi dah takde masa nak mengada-ngada,merajuk tak tentu hala,cemburu tak bertempat..tu semua budak-budak ! kami nak jadi matang..mana taw,ade rezeki..tahun depan kawen..wahh gitooo...InsyaAllah kalau Allah buka jalan untuk CM berkawen pada umur 25tahun,CM terima..suka kot ! bukan gatal..tapi kan itu lebih baik..to my sayang,owg sayang iye harini...hari esok lom taw ag..hehe...gurau je sayang...IALUNMW honey !. ;P bye bye

#YAALLAH,andai dia jodohku,satukan kami menjadi kekasih yang halal..andai dia bukan jodohku,pisahkanlah kami dengan cara yang baik..AMIN..

Tuesday, January 3, 2012

AKHIR 2011 YANG MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum semua...
masa untuk update 'belog'..yeah !
CM rasa belum terlewat tuk wish 'HAPPY NEW YEAR' buat semua..
bile tiba tahun baru,semua orang akan tanam azam..nak kawen lah..nak berhijrah lah..nak keje baru...
tapi CM tak terlampau tanamkan Azam..cukup untuk CM berharap agar tahun ni memberi CM kebahagiaan..
2011 meninggalkan CM dengan 1001 macam cerita..suka,duka,pahit,payau..semua CM lalui..dan itu yang buat CM kuat untuk jalani kehidupan ini..
awal tahun 2011 adalah saat kenangan pahit dalam hidup CM bila CM hilang pekerjaan yang CM sayang..kemudian pertengahan tahun luka dihati ditambah lagi dengan 'perpisahan' CM dengan Encik lebiu..tapi luka diubati dengan kehadiran teman2 baru yang sangat CM sayang..Allah S.W.T hadiahkan CM sahabat yang baik (yaya,caca,gogo,fafa,dll)..akhir tahun adalah kenangan yang paling membahagiakan CM..3 perkara yang tertunai sebelom tibanya Tahun baru 2012..first,CM dah dapat lesen..akhirnya CM dapat jugak settlekan lesen yang dah lama tertangguh...hihihi..yang kedua,CM dapat kereta dari mak pada hari yang sama CM lulus test jpj..yeah ! biarpun bukanlah kereta mahal sangat..tapi CM tak perlu fikir soal hutang sbb kete tu cash..kete kelisa aje...tapi CM minat..sbb comey..tq mak !! lebiuu...okeyy...yang ketiga,CM dengan ENCIK LEBIU dah berbaik...OOyyeeaahhhh !!dan Encik Lebiu sangat baik okeyy... tu lah 3 perkara yang membahagiakan sebelum tibanya tahun baru...dan harapan CM agar tahun baru ini CM lebih matang dalam menjalani kehidupan yang penuh onak duri..CM tahun ni 24tahun..CM dah tua....hihi...okeyyy now,jom cari keje...bye !

Thursday, December 22, 2011

biar mimpi sampai ke bintang

Assalamualaikum semua....
CM baru habis tengok cerita 'biar mimpi sampai ke bintang' kat astro ria..
jalan cerita tu bolehlah layan..yang CM minat heronya ! randy pangalila tuuu...sangat hensem !
tapi ramai yang tak puas hati dengan heroinnya si  elfira loy..ade lah CM terbaca kat satu forum,ramai yang komen kononnya elfira berlakon tak natural..ade yang cakap mekap elfira tak cantik..kulit nye tak cantik..elfira tak sesuai dgn randy..elfira tak itu..elfira tak ini..eh ko tu cantik sangat??yang penting elfira dapat berlakon dengan randy..dapat cintan cintun dengan randy (dalam lakonan)..kau ade???x de kan..so,jangan jeless...
CM bukannye fans elfira..tapi CM tak suke komen itu ini.CM tengok ok jer..dah kalau pengarah pilih die,maknenye dia layaklah tu..kita tak yah cakap banyak..kot nak komen,komen pasal lakonan..jangan nak komen pasal muke tak cantik or something like that..
boleh tahan jugak ayat2 dalam cite ni..kelakar tengok si 'kina' tu..sengal-sengal ubi..asyik 'sorry to say' 24jam..tapi CM suke bile si alya cakap kat andy 'aku sayang kau lah bongok !'
wahh cam best je..esok nak try cakap kat my'awak'..agak2 ape CM dapat?silap haribulan dapat penapar sulung dia..wahh x mooo...hahha...
oklah..hari dah lewat..CM harus tidur..kalau nak mimpi,biar sampai bintang..kalau tak dapat sampai bintang..dapat gapai langit pun jadilah...nyte all..layan lagu ni okeyyy...

untuk mencintaimu-seventeen

apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu

apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukk

karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu

ku berjuang dalam hidupku
untuk selalu memilikimu
seumur hidupku, setulus hatiku
hanya untukmu

seumur hidupku, setulus hatiku

Monday, December 19, 2011

kawan baik berlainan jantina !

Assalamualaikum semua....
harini CM belek2 facebook...dan tiba-tiba CM terperasan yang CM dah kena 'remove' oleh seorang kawan baik CM..tipulah kalau CM cakap tak sedih..yelah dia seorang pendengar yang baik untuk CM..jatuh bangun CM dia ada..tapi sekarang persahabatan tu lebur begitu je...
dia ada simpan perasaan pada CM..memang mula-mula kami ingin berkawan dan kenali hati budi masing-masing..tapi tak lama lepas tu CM rasa CM tak boleh teruskan,jadi CM dah pun bagitahu dia yang CM tak boleh terima dia..cm sedar CM cuma sayangkan dia sebagai seorang kawan..if more,itu hanya sayang antara adik  dengan abang..dia terima keputusan CM dengan sikap terbuka..katanya kami masih berkawan,soal dia syg CM itu sendiri tanggung..kalau apa-apa jadi,jangan simpan dendam..Alhamdulillah..dia sangat terbuka..tapi tak lama..sekarang bila CM cakap CM nak kembali pada 'my awak',die terus remove CM dari friend list fb die..profesional ke begitu??tapi tak apelah..mungkin dia alasannya sendiri..cuma kalau dia baca entry ni,CM nak minta maaf kalau CM mengguris hati dia...
CM memang dari kecik,lebih ramai kawan lelaki dari perempuan...sampailah sekarang...CM dah selalu sangat melalui situasi ni...tak tahu kenapa bila CM berkawan rapat dengan lelaki,lelaki tu mesti akan simpan perasaan pada CM..bak kata orang kalau tak suka,luahkan aje..Alhamdulillah,semua kawan baik CM yang simpan perasaan pada CM boleh terima keputusan CM..dan sampai sekarang kami rapat...cuma kali ni berlainan sedikit bila kawan CM yang ni tak boleh terima keputusan CM...dan mengorbankan persahabatan  kami..
KESIMPULANNYA :: jangan cari kawan baik berlainan jantina..jika nak jugak,sila kuatkan diri atas sebarang kemungkinan..sape nak hilang kawan baik kan???tapi kalau dua-dua pun suka sama suka,tak ada masalah....seronok berkawan dengan berlainan jantina ni tapiiiii risikonya bila jatuh cinta.....

Friday, December 16, 2011

terima kasih TUHAN

Assalamualaikum semua...harini dengan sukacitanya CM umumkan yang CM dah menjalin cinta kembali bersama my 'awak'...Alhamdulillah....CM bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana dengan IzinNya kami bersama semula..harapan CM??semestinya CM nak hubungan ni berkekalan dunia akhirat..tetapi CM serahkan segalanya pada NYA,kerana jodoh pertemuan,ajal dan maut semuanya ditanganNYA..kami hanya merancang,tetapi perancangan ALLAH lah yang MAHA HEBAT...CM percaya kalau dah jodoh,kehujung dunia sekali pun terpisah,akhirnya pasti bersama....tapi kalau bukan jodoh,sedekat mana pun..pasti satu saat terpisah jua...
ramai kata peluang kedua tak semanis yang pertama....tapi CM percaya,semua orang berhak mendapat peluang kedua kerana semua orang belajar dari kesilapan...jadi my 'awak' berhak mendapat peluang kedua..dan ini juga peluang buat CM memperbaiki diri CM untuk jadi yang terbaik buat dia..semoga perhubungan kedua ini akan terjalin dengan lebih indah...InsyaAllah...
CM harap kawan-kawan CM doakan yang terbaik untuk hubungan kami..dan pada my 'awak' IALUNMW (i always love u no matter what)..love u sayang ! love u mohd zulkhairy mat zaid...

~kepada yang bergelar pasangan kepada seseorang,hargailah pasangan anda kerana belum tentu anda bernasib baik..kerana peluang kedua belum tentu ada~

Sunday, December 11, 2011

selamat tengahari : jom motivasi diri

Assalamualaikum semua...selamat tengahari !!!jom kita motivasi sejenak..CM suka kata-kata ni...

1.Ketika hidup memberi kata TIDAK atas apa yg kamu inginkan, percayalah, Tuhan selalu memberi kata YA atas apa yg kamu perlukan.

2.Tdk ada org yg dpt menyakitimu, kecuali mereka yg benar2 kau peduli, atau mereka yg tdk benar2 peduli padamu.

3.Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama diipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.

4.Sukses tak akan datang bagi mereka yg hanya menunggu tak berbuat apa-apa, tapi bagi mereka yg selalu berusaha wujudkan mimpinya

5.Jangan awali hari dengan penyesalan hari kemarin, karena akan menggangu hebatnya hari ini, dan akan merosak indahnya hari esok.

6.Percayalah, hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.

7.Senyumlah, tinggalkan sedihmu. Bahagialah, lupakan takutmu. Sakit yg kamu rasa, tak setara dengan bahagia yg akan kamu dapat.
Air mata tak selalu menunjukkan kesedihan, terkadang karena kita tertawa bahagia bersama sahabat terbaik kita.

8.Ketika keadaan mengharuskan untuk menangis, tak usah berpura, menangislah. Tak semua air mata berarti lemah.

9.Mereka yang terus hidup penuh dengan kekerasan hati akan membawa kedalam kehidupan yang tidak mensejahterakan.

10.Jgn hitung brp kali org menyakiti & meninggalkanmu, tp brp kali kau menyakiti Tuhan & Ia tdk prnh meninggalkanmu

11.Jangan membalas mereka yg membencimu. Tersenyum & berbahagialah di depan mereka, tak ada yg lebih menyakiti mereka daripada itu.

12.Bahagia bukan milik dia yg hebat dalam segalanya, namun dia yg mampu temukan hal sederhana dlm hidupnya dan tetap bersyukur.

13.Terkadang, lebih baik mengalah, bukan karena kamu salah, tapi karena dengan mengalah, kamu tak kehilangan dia yg kamu cinta.

14.Bahagia dan memilih sendiri jalan hidup adalah sesuatu yg harus kamu sadari. Jangan biarkan seorangpun yg menentukannya untukmu.

15.Jangan permainkan perasaan seseorang. Jika memang tak ada rasa, lebih baik jujur saja. Jangan jadi alasan seseorang terluka.

16.Otot-otot wajah yang kita gunakan saat tersenyum, bisa membuat kulit wajah lebih lentur.

17.Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon Dioksida dari pada kekurangan Oksigen.

18.Jangan hiraukan mereka yg berusaha jatuhkanmu. Karena mereka akan kalah dengan sendirinya ketika melihatmu masih tegak berdiri.

19.Dalam hidup, kamu berhak bahagia. Oleh karena itu, jangan biarkan bahagiamu ditentukan orang lain. Bahagia harus ada dlm dirimu.

20.Tak peduli seberapa keras kamu mencoba, kamu tak akan pernah bisa menyangkal apa yang kamu rasa.

21.Jika kamu memang berharga di mata seseorang, tak ada alasan baginya tuk mencari seorang yg lebih baik darimu.

22.Banyak hal yang bisa menjatuhkanmu. Tapi satu-satunya hal yang benar-benar dapat menjatuhkanmu adalah sikapmu sendiri.

23.Saat suatu hubungan berakhir, bkn berarti 2 org berhenti saling mencintai. Mereka hny berhenti saling menyakiti.

24.Hal yg sangat kecil dapat menyebabkan masalah yg sangat besar. Jangan pernah meremehkan hal-hal kecil.

25.Saat membicarakan org lain Anda boleh saja menambahkan kata, tapi pastikan kata yg baik.

26.Terkadang, kesulitan harus kamu rasakan terlebih dulu sebelum kebahagiaan yang sempurna datang kepadamu.

27.Jangan mengeluhkan hal-hal buruk yg datang dalam hidupmu. Tuhan tak pernah memberikannya, kamulah yg membiarkannya dating.

28.Jangan pernah menyerah jika kamu masih ingin mencoba. Jangan biarkan penyesalan datang karena kamu selangkah lagi tuk menang.

29.Jangan biarkan orang lain menghalangimu tuk mengejar impianmu. Tetap berjuang, dan percayalah, semua akan indah pada waktunya.

30.Setiap manusia pasti pernah berbuat salah, namun selama kamu mau melepaskan masa lalu, kamu akan punya masa depan yang cerah.

31.Masalah terbesar wanita adl mengingat terlalu banyak, sdgkn masalah terbesar pria adl melupakan terlalu cepat.

32.Dlm cinta, jgn berdusta hanya karena kamu tak ingin dia terluka. Karena ketika dia temukan kebenaran, dia akan lebih menderita.

33.Suatu hubungan berakhir, karena salah satu hati terlalu sedikit mencintai, dan atau terlalu banyak.

34.Jadi dirimu sendiri. Org akan menyukaimu apa adanya. Meski ada yg membenci karena alasan yg sama, tak berarti kamu hrs berubah.

35.Mereka tak peduli dari mana kamu memulainya. Mereka melihat dari bagaimana caramu mengakhirinya.

36.Mencintai seseorang berarti menjadikannya bagian dari dirimu. Itu sebabnya akan terasa sakit saat kehilangannya.

37.Cinta tidak hanya tentang: "Aku sangat beruntung memilikimu", tapi juga: "Kau sangat beruntung memilikiku".

38.Kadang tak peduli betapa besar kamu mencintai seseorang, kamu harus melepasnya. Dia yg selalu di hatimu tapi tak di kehidupanmu.

39.Jika seseorang yg istimewa di hatimu tak bisa mencintaimu ketika kamu menjadi dirimu sendiri, maka dia tidak istimewa.

::: kenangan ni beb :::

Assalamualaikum semua.....
Aaacccuuummmmmm ! ops sowiee...CM tak berapa nak sihat..
selesema ajak CM dating minggu ni..dugaan sungguh...
minggu ni CM ada test jp untuk dapatkan lesen memandu kereta...
harap-harap lah lulus...kena settle cepat sebab lesen L CM sudah mahu tamat riwayatnya (hampir 2 tahun)..
ok kita berbalik pada entry asal..baru-baru ni si EX CM minta pendrive..katanya nak masukkan data...
data apa pun CM malas nak tanya...sekali bila bosan..CM gatal tangan gi buka pendrive tu...
WAHHHH !! pic kami di genting hampir 4tahun lepas ! suke ! bukannya sebab CM tak pernah gi genting..tapi sebab pic-pic ni diambil masa CM dgn dia bergelar 'kawan' (belom couple lagi)..dan kami gi genting pun dgn kakak CM yg juga kawan dia...tak sangka,hampir 4tahun..baru sekarang pic ni dia bg CM (after break)..
ni CM upload..tapi 1 pic aje okeyyy...
CM kanan sekali bersama ary ( my ex) dan ayu (my sis)

Tuesday, November 29, 2011

:bicara soal hati:

Assalamualaikum semua..
entah kenapa tiba tiba CM terdorong untuk conteng entry tentang hati..mungkin sebab CM selalu mendengar dan melihat apa yang berlaku disekeliling CM..kisah hati teman-teman..dan mungkin juga kisah hati CM sendiri..susahnya bicara soal hati ni.."banyak persoalan yang berada diminda...banyak kata tanya dan juga kata kerja'wahhhh tetiba je ternyanyi pulak kan..hikhik...
bila kita tanya semua orang,mereka akan kata mereka belajar erti hidup melalui kisah sedih dan kesusahan hidup yang ditanggung..ya,sebab itu Tuhan beri ujian,sebab Tuhan nak beri kita ketabahan...kekadang terfikir,kenapa hati susah sangat kita nak terima kenyataan bila kita tak dapat sesuatu yang kita idamkan..kann?mungkin sebab kita tak ade sifat redha dalam diri..sebab tu kita sukar nak terima hakikat..mulut mungkin kata redha,tapi hati???
dalam menjalani kehidupan didunia,kita seringkali diberi pilihan..kan??semua pilihan ditangan kita..cuma mungkin dalam kekeliruan untuk memilih,kita seringkali berada dalam keadaan yang tidak tenang...percayalah,setiap ujian kita mampu hadapinya..sebab Tuhan tak akan turunkan ujian sekiranya kita tak mampu menggalasnya...bila kita diturunkan ujian,itu bermakna Tuhan sayangkan kita..hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita..
bila CM dengar rintihan org disekeliling tentang hati..jauh disudut hati,CM panjatkan kesyukuran..CM juga penah mengalaminya...dan CM bersyukur kerana CM tergolong dalam golongan mereka yang diuji hatinya..dan CM mampu laluinya..Alhamdulillah...kini CM sedar,apa yang berlaku dulu ada hikmah yang tersembunyi..hingga kini hati CM selalu saja diuji,tapi CM ikhlaskannya..CM selalu pujuk hati "ada kemanisan dipenghujungnya'
janganlah kalian kecewa sehingga kalian menyalahkan takdir..andai kalian menganggap hidup kalian tiada ertinya lagi bila kecewa..kalian silap...kalian boleh menangis sepuasnya,kerana menangis boleh meredakan tekanan jiwa..tapi bangunlah semula bila tangisan itu reda..InsyaAllah,kalian mampu terima kekecewaan,asalkan kalian ikhlas...

"semoga ALLAH selalu lindungi mereka-mereka yang CM sayang"

:TIBA TIBA TERINGAT:

Assalamualaikum semua...
wahhh lamenye CM tak update blog..kabur dah mata CM ni,rupanye penuh sawang..alamak kena cuci ni..
sekarang ni CM berada dikampung..seronoknye...pagi-pagi buka mata nampak durian..nampak rambutan..wah sedap ! ni lah seronoknya ada kampung..bila stress je,lari kat kampung...
minggu ni genaplah 10bulan CM menganggur...kes pun masih tertangguh..daripada JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN SELANGOR ditranfer pula ke PUTRAJAYA...begitu susahnya jadi 'kuli' ni kan..apa boleh buat...sabar jelah..sebenarnya CM bukannye tak boleh dapatkan kerja lain,cuma entah kenapa sayang sangat rasanya kat tempat tu....(ada sesuatu yang menarik CM untuk berada disana)..ape pun CM yakin,rezeki ada dimana-mana..sebab ALLAH turunkan rezeki macam hujan..semua org dapat rezeki masing-masing..kann??
~tiba tiba teringat mereka yang CM sayang~