Monday, December 19, 2011

kawan baik berlainan jantina !

Assalamualaikum semua....
harini CM belek2 facebook...dan tiba-tiba CM terperasan yang CM dah kena 'remove' oleh seorang kawan baik CM..tipulah kalau CM cakap tak sedih..yelah dia seorang pendengar yang baik untuk CM..jatuh bangun CM dia ada..tapi sekarang persahabatan tu lebur begitu je...
dia ada simpan perasaan pada CM..memang mula-mula kami ingin berkawan dan kenali hati budi masing-masing..tapi tak lama lepas tu CM rasa CM tak boleh teruskan,jadi CM dah pun bagitahu dia yang CM tak boleh terima dia..cm sedar CM cuma sayangkan dia sebagai seorang kawan..if more,itu hanya sayang antara adik  dengan abang..dia terima keputusan CM dengan sikap terbuka..katanya kami masih berkawan,soal dia syg CM itu sendiri tanggung..kalau apa-apa jadi,jangan simpan dendam..Alhamdulillah..dia sangat terbuka..tapi tak lama..sekarang bila CM cakap CM nak kembali pada 'my awak',die terus remove CM dari friend list fb die..profesional ke begitu??tapi tak apelah..mungkin dia alasannya sendiri..cuma kalau dia baca entry ni,CM nak minta maaf kalau CM mengguris hati dia...
CM memang dari kecik,lebih ramai kawan lelaki dari perempuan...sampailah sekarang...CM dah selalu sangat melalui situasi ni...tak tahu kenapa bila CM berkawan rapat dengan lelaki,lelaki tu mesti akan simpan perasaan pada CM..bak kata orang kalau tak suka,luahkan aje..Alhamdulillah,semua kawan baik CM yang simpan perasaan pada CM boleh terima keputusan CM..dan sampai sekarang kami rapat...cuma kali ni berlainan sedikit bila kawan CM yang ni tak boleh terima keputusan CM...dan mengorbankan persahabatan  kami..
KESIMPULANNYA :: jangan cari kawan baik berlainan jantina..jika nak jugak,sila kuatkan diri atas sebarang kemungkinan..sape nak hilang kawan baik kan???tapi kalau dua-dua pun suka sama suka,tak ada masalah....seronok berkawan dengan berlainan jantina ni tapiiiii risikonya bila jatuh cinta.....

4 comments: