Thursday, September 15, 2011

hari MALAYSIA bukan sekadar SAMBUTAN

Assalamualaikum semua....
CM tulis entry ni dalam keadaan CM masih mamai lagi...baru bangun tidur...shhhhh jangan cakap kuat-kuat....kantoiii...heeee...bukannye ape,CM bersemangat nak tulis entry sebab harini HARI MALAYSIA...lagipun CM dah cukup tidur,kepala dah tak pusing...so,boleh lah nak hadap skrin...
SELAMAT HARI MALAYSIA buat semua readers...

Hari Malaysia disambut pada 16 september setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan MALAYSIA di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah melayu,Borneo Utara (kini sabah),Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia...

Hari ini 16 September tahun 2011, buat kali kedua kita menyambut Hari Malaysia seluruh negara sejak Merdeka..Semoga sambutan Hari Malaysia ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan hubungan silaturrahim antara kita di Malaysia ini...
harini kat facebook ramai yang post status tentang hari malaysia..jadi CM tak mahu lepaskan peluang untuk menunjukkan rasa cinta CM terhadap malaysia....

" i ♥ malaysia.. Akan ku pertahankan bumi bertuah ini,kerana di sini lah aku menjadi seorang insan..Bersama kita pertahankan kedaulatan tanahair kita...i'm so proud to be malaysian...i ♥ malaysia ! To all my friend wherever you are Selamat Hari Malaysia..Happy Malaysia Day ! "

ya..sememangnya CM bangga menjadi anak malaysia...anak merdeka !terima kasih yang tak terhingga buat para pejuang tanah air kita,nenek moyang kita yang bertungkus lumus memperjuangkan keamanan negara..sesungguhnya siapalah kita hari ini tanpa generasi terdahulu...
Hari Malaysia bukanlah sekadar hari cuti di mata CM.. Apa yang CM harapkan, dengan adanya hari ini, tumpuan pastinya adalah kepada menjaga keharmonian diantara kaum. Tak dapat dinafikan, sedikit sebanyak, sentimen perkauman itu ada dalam diri kita, namun, jika perasaan hormat pada orang lain itu ada, tak kiralah apa bangsanya, warnanya, pasti tiada masalah untuk kita hidup bersama...lagipun sudah lama kita bersama hidup dibumi MALAYSIA....apa salahnya kita ketepikan  sedikit EGO yang ada demi kesejahteraan kita bersama...


~~jgn lah kita dok mengata, org cina mcm ni, org india mcm ni, org melayu mcm ni.. semua org sama jer.. yg baik ttp baik, yg jahat ttp jahat..tak kira apa kaum sekali pun~~

No comments:

Post a Comment