Saturday, September 17, 2011

perempuan + teddy bear

Assalamualaikum semua....
Entry harini tentang PEREMPUAN dan TEDDY BEAR...memang tak dinafikan,perempuan dan teddy bear tak boleh dipisahkan...ibarat  irama dan lagu..jika terpisah..pincang lah ia....wahh gitooo...heee...
CM ade teddy bear !dan sangat suka teddy bear...korang yang perempuan,tipulah kalo korang tak de teddy bear...tapi bagi sesiapa yang tak de teddy bear..atau lelaki yang selalu kutuk perempuan yang ade teddy bear..nak tahu nape perempuan suka teddy bear??

perempuan selalunya suka merasakan kasih sayang. bila tak ada orang di sekeliling, dia nak luahkan perasaan sayang tu pada sesuatu. dan dia perlukan tempat untuk luahkan perasaan tu. pernah dengar orang bercakap dengan teddy bear?sebab kekadang cakap dengan teddy bear ni lagi  melegakan hati dari cakap dengan manusia yang tak de perasaan...heeee....memanglah bila kita bercakap,bear tu diam...tapi percayalah...lepas tu kita pasti lega...yelah,kalau bear tu bercakap,lain pula jadinye nanti...lagi satu, bila nak lepas geram, perempuan suka lepas geram secara real, tapi selalunya tak sampai hati nak lepaskan kat benda hidup. so bear tu boleh jadi tempat lepas geram. lagi besar lagi best....
lelaki juga selalu cemburu dengan makhluk tak bernyawa ini..nak tahu kenapa??
  • Teddy bear tak perlu berkata kata atau menggunakan ayat romantis untuk memikat dan mencairkan hati lembut seorang wanita. sekadar duduk diam diatas rak jualan untuk dipilih. 
  • Teddy bear tidak perlu keluar duit untuk hidup bersama perempuan, sekadar duduk kaku untuk terus menjadi kesayangan perempuan yang memilikinya.
  • Teddy bear sering kali menjadi tempat luahan dan bermanja untuk perempuan tambahan teddy akan merasai nikmat pelukan dari perempuan itu setiap masa diperlukan.
  • Teddy bear mengetahui segala rahsia dan perasaan seorang perempuan kerana teddy bear sering kali menjadi tempat untuk meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati seorang perempuan.
walaupun lelaki cemburu..kenapa lelaki masih hadiahkan teddy bear pada perempuan yang disayanginya??
lelaki menghadiahkan teddy bear adalah sebagai pengganti diri mereka, dikala perempuan sedang merindui, dikala kesunyian, dikala bersedih..jika lelaki tiada pada masa itu, teddy bear itu la yang mereka harapkan untuk memberikan si perempuan satu semangat untuk terus ceria....
percaya atau tidak??u all sendiri yang menilainya....

buah hati pengarang jantung CM !

No comments:

Post a Comment