Tuesday, September 13, 2011

tak kawen sebab hantaran mahal?

Assalamualaikum semua...
waaahhh malam ni CM tiba tiba semangat plak nak bercerita soal wang hantaran...bukannya apa..semakin rancak arus pembanggunan,semakin rancak plak wang hantaran yang di syaratkan pada si lelaki...CM perempuan..tapi CM nak bercerita tentang apa dimata dan sudut pandang CM...maaflah kalau ada yang terguris hati..CM just share pendapat...
"i nak 20 ribu serba 1"..wahhh ni cintakan orangnye atau wangnye???opss...
wang hantaran tu bukanlah wajib..tapi biasalah..adat mewajibkan wang hantaran..kononnya menjaga maruah..walhal,nak menunjuk-nunjuk dengan saudara mara,jiran tetangga...nak tunjuk betapa bertuahnya si wanita kerana mendapat jejaka yang kaya..berada..dan mewah..semua tu dimata kasar...disebaliknya,ikat perut sebelum kawen..lepas kawen,merana.....CM tak maksudkan semua,cuma lebih dari sebahagian...
uncle CM selalu ingatkan..wang hantaran biar ikut kemampuan lelaki..dan itu CM pegang...janganlah sesekali mengutamakan wang hantaran bila mahu mendirikan perkahwinan..kerana wang hantaran tidak termasuk dalam hukum wajib perkahwinan..kalau mas kawin tu lainlah...disebabkan tuntutan wang hantaran itulah mengakibatkan ramai masyarakat dari golongan sederhana diluar tidak mahu berkahwin..si perempuan pun...kalau sayang,tolak ansurlah sikit...sekarang sibuk plak wang hantaran ikut taraf pendidikan...kalau spm 10 ribu..kalau degree?30 ribu??makkaiii....kalau kawen nanti sure ke si perempuan akan still slim..comfirm x de tayar kat perut tu...kompem still jelita?huh !
janganlah kita melihat wang hantaran dan dulang dulang hantaran melebihi segalanya...biarlah semuanya mengikut kemampuan...jangan terlalu riak sehingga lupa konsep perkahwinan itu sendiri..
dan kepada keluarga perempuan,janganlah terlalu mendesak....nak 20ribu serba satu ! wahh bleh bankrup si lelaki..janganlah gitoo...nanti orang kata jual anak plak...jadi biarlah berpada-pada yer..hentikan amalan yang tidak wajib ini...agar tidak membebankan orang lain...wahhh CM cam dah kawen plak kan..bercakap soal ni..tapi inilah realiti kehidupan kini....fikir fikir dan renung renungkan...selamat beramal...kepada bakal "imam ku" hantaran adalah negotiable.wahh gitooo.... tak perlu banyak banyak..asalkan boleh jamin masa depan yang cerah dan bahagia hingga hujung nyawa....AMIN....

~kesal bila ada yang beri wang hantaran berpuluh ribu...nak menunjuk punye pasal..tapi anak dah berderet,wang hantaran tu pun x habis bayar...~

No comments:

Post a Comment