Tuesday, September 13, 2011

cinta tidak buta..tapi memahami....

dihari ini..tiada lagi kata-kata indah yang bisa aku coretkan buatmu..
mungkin semua ini tiada erti apa-apa buatmu..
tapi yang pasti..doaku akan sentiasa mengiringi jejak langkahmu..
aku sedari..kita sudah berpisah...
tetapi entah kenapa aku tidak bisa menggantikan kamu dengan yang lain..
di suatu ketika..aku pernah mencuba merelakan hatiku pada yang lain..
tapi akhirnya aku sedar..aku tak mampu membohongi diriku..
hatiku masih milikmu..
cinta ini buta..sehingga aku tak nampak yang lain selain kamu..
dimataku hanya kamu..dan kamu...
seolah-olah tiada celanya kamu dimataku..
begitu sukar untuk aku lupakan kamu..
biarpun kamu membuangku dengan kejam..
aku setia disini...
kerana aku perempuan yang sentiasa ingat pada janji !
aku akui..aku bukanlah sempurna..
terlalu banyak kekurangan ku..
aku bukanlah wanita yang boleh kamu banggakan..
aku bukanlah wanita yang bisa buat kamu kagum..
aku tak bisa beri kamu kemewahan..
tapi aku sedaya upaya mencintai kamu dengan caraku sendiri...
dan perasaan cinta itu tidak pernah berkurang....
tapi..aku hormat keputusanmu..
aku hormati perpisahan ini..
mungkin kamu bukanlah jodoh dari TUHAN buatku..
ya..aku boleh mencintai kamu...
tetapi aku tidak boleh bersama kamu..
itu yang pasti...
kerana cinta kita bersama..
dan kerana cinta juga aku lepaskan kamu menjalani kehidupanmu..
mencintai kamu tidak bermakna kita akan bersama...
kerana cinta itu tidak buta..tapi cinta itu memahami !

~tak mahu lagi merasai nikmat CINTA~
cinta tak buta...sebab cinta tak de mata !

No comments:

Post a Comment