Tuesday, September 13, 2011

sebab CM berblog

Assalamualaikum semua....
harini CM semangat sket nak cerita pasal blog..sebab ada yang menanya CM dengan pelbagai soalan..
~rajinnye berblog?
~ape yang best berblog?
~tak penat ke berblog?
Yang CM tahu,CM buat blog sebab CM nak luahkan apa yang terpendam dalam hati and kepala CM ni.jujur,mmg CM tak mengharapkan apa-apa...Nak katakan CM kejar follower, tak adalah sangat. CM pun tak harap orang follow blog CM. Kalau diorang suka and rasa nak follow. Dipersilakan....heeee..CM  ingin menekankan tentang kepuasan dalam berblog. Ia bergantung kepada niat kita. Ada yang berblog untuk bercerita kisah peribadi… almaklumlah..kalau bercerita pada rakan mahupun keluarga, kadang2 tidak mendapat respon seperti yang diharapkan… Untung jika ada yang sudi mendengar luahan hati kita. Oleh itu, blog dijadikan medan untuk kita melemparkan dan meluahkan perasaan.Disamping itu, dengan harapan ia turut dapat memberi makna kepada orang lain yang membacanya. Apa gunanya menulis entry berjela2 jika tidak memberi sebarang faedah?tapi apa pun..berblog memang beri kepuasan..biarpun kite cerita merapu-rapu..hikhikhik...
Kalau nak tahulah kan,CM mana pandai bab nak tukar background dengan template dekat blog ni. Semuanya CM main redah je...tapi CM tak peduli..bukan kecantikan blog yang CM utamakan..tapi kecantikan posting yang CM karangkan..memang btol2 beri kepuasan...tapi kekadang tu CM malas..CM wat posting yg x berkualiti...kekadang letak gambar je..itu maknanya mood CM kelaut....hikhik....
siapa kata blog melalaikan??habis tengok tv,main ps2 tu tak melalaikan??semua boleh melalaikan andai kite tak kawal...kita yang harus kawal perasaan,bukannya perasaan yang kawal kita...
SECRET LIFE OF CM adalah kawan terbaik CM...dia tempat CM luahkan perasaan..tempat CM berkongsi duka...biarpun blog tidak dapat membantu "lap air mata" ni..atau pun memujuk hati ni..tapi blog dapat melegakan hati CM..
blog tidak beri kekayaan tapi blog beri kepuasan !
sekarang u all dah tahu kan..kenapa CM berblog?sekarang u all dah tahukan kelebihan berblog??
ALHAMDULILLAH.....

No comments:

Post a Comment