Saturday, September 17, 2011

busuk hati bermulut longkang !

Assalamualaikum semua...
Entry ini adalah dikhaskan buat golongan-golongan "busuk hati" yang tahap cipan punye busuk..tapi kalau ada yang nak baca,dipersilakan..anggaplah ini sekadar renungan kita bersama....
harini CM serius sikit sebab CM sememangnya sangat benci golongan ini..tapi entah kenapa,mana sekali pun CM pergi..pasti jumpa golongan ini..kalau tak kena pada CM,kena pada kawan CM..entahlah...CM puas berfikir...nape lah mereka macam ini....kalau setakat busuk hati tak pe..ni nak fitnah-fitnah...tuduh benda yang kita tak buat..buruk-burukkan kita..waaahhh lebih lah....
dan ada juga manusia yang baik kat depan kita..pijak semut pun tak mati..mulut manis bak madu..tapi belakang kita,dialah mulut longkang ! cerita keburukan yang mejatuhkan kita..depan kita bermuka-muka..ini pun masalah besar...rasa macam nak hempuk je !
kenapa nak busuk hati bila orang lain berjaya?kalau nak berjaya,usahalah sendiri..tapi selagi mana korang tak ubah sikap busuk hati tu,kemana sahaja korang pergi...korang tak akan berjaya..orang benci tau tak !
bila hati dah busuk,mula lah tak senang duduk mencari salah dan silap kita...Allah benci kepada orang yang menjatuhkan hukum kepada orang lain sesuka hati dan sentiasa menggangap dirinya lebih betul. Ingatkanlah diri sendiri bahawa kehebatan yang dirasakan itu pun Allah yang bagi. Betul atau salah itu kerja Allah. Maka janganlah beriri hati atau hasad dengki tetapi berusahalah dengan sungguh2 untuk mencari jalan keredhaan(kepuasan hati) Allah...
Bila seseorang manusia tu ada sikap busuk hati, maka hujung2nya memang akan terpancar jugak sama ada dari tingkah laku mahupun riak wajah. Kalau boleh, jauh2kanlah sikap busuk hati tu. Dengki dengan kejayaan orang...nak dengki boleh..tapi salurkan kejalan yang baik..bukannye dengan jalan kemusnahan...Sama2lah kita mintak perlindungan dari Allah supaya takde dalam hati kita perangai busuk hati ni..sebab kalau kita busuk hati..bukan je manusia tak mahu kawan..jin pun lari woooo....Hish...kan tak elok perangai macam tu. Nanti hujung2 sape yang rugi? Kan diri sendiri. Kawan2 pun mula berkurangan...musuh plak makin bertambah...
Orang yang busuk hati ni tidak akan senang tengok orang yang dia "menyampah" senang hati...jadi benda sekecik kuman pun dia nak kecoh-kecohkan..macamlah kitabuat jenayah besar ! tak sedar diri tu dah tua...tunggu masuk kubur je..huh !
tapi yang buat CM tak faham,kebanyakkan orang busuk hati ni..zahirnya mereka adalah manusia yang nampak baik..yang kat mata orang lain,tak de cacat celanya..tapi bagi yang dah kenal..dia tak ubah macam setan  haiwan ! hambek kau..kena sebijik...kenapalah mesti nak buat orang lain sakit hati,tak happy dan murung sepanjang masa???tak boleh ke biar je orang buat keje dengan tenang....CM rasa orang-orang macam ni patut pergi hospital..check hati tu..takut dah hitam  !
CM harap sangat adalah suku sakat manusia yang busuk hati ni baca blog CM.Sebab CM tak sangka, muka baik macam korang pun sanggup nak menganiaya bangsa sendiri.nanti kena balik kat anak - anak korang / diri sendiri ke, time tu kami yang mangsa busuk hati korang ni  hanya tersenyum tak perlu kata apa - apa...
Oleh itu,marilah kita Cari keistimewaan dalam diri sendiri yang boleh dibanggakan daripada asyik nak menuduh kesalahan dan keburukan orang lain jer. Ok ?
YAALLAH...JAUHILAH HAMBAMU INI DARI PENYAKIT INI YA ALLAH...

No comments:

Post a Comment